top of page

Kenapa Saya Perlu Belajar Perisian GIS ?
Ilmu Pengetahuan
Kemajuan Kerjaya
Meningkat Produktiviti Organisasi
Sumber Pendapatan Sampingan
Peluang Kejaya Dalam GIS

 

01.

Pembaca perlu mempelajari perisian GIS bagi menambah ilmu pengetahuan dan cuba untuk menguasai perisian tersebut dengan sebaiknya. Pembaca seharusnya perlu menggunakan perisian ini dalam kerja-kerja seharian sebagai suatu amalan. Kemahiran pembaca dalam menggunakan perisian ini memberi kesan kepada produktiviti kerja individu dan organisasi yang seterusnya membawa kepada peningkatan mutu perkhidmatan kepada para pelanggan.

02.

Sistem GIS telah terbukti dapat membantu menyimpan, memproses dan menyalurkan dan memaparkan maklumat untuk keperluan sesebuah organisasi. Penerapan Sistem GIS dapat membantu dan memudahkan pihak pengurusan mengambil tindakan dan keputusan berkaitan sesuatu isu atau permasalahan dengan merujuk kepada hasil maklumat yang dijana melalui Sistem GIS yang dibangunkan.

03.

Pembaca sebagai seorang pekerja atau kakitangan yang mahir menggunakan perisian GIS merupakan aset yang berharga kepada sesebuah organisasi. Pembaca yang menguasai perisian GIS dan memperkenalkan suatu penyelesaian dengan pendekatan GIS dan terbukti berjaya meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan dan mendatangkan pulangan kepada organisasi tentunya berpeluang mendapat ganjaran kerjaya yang cemerlang di masa hadapan sama ada di organisasi tempat pembaca bekerja atau organisasi luar yang akan melamar pembaca dengan pendapatan yang berlipat kali ganda.

bottom of page